qasidah dlam bahasa jepun.......
http://hadarahalmunawarah.blogspot.com/
Jumaat, 20 April 2012
RIWAYAT HIDUP IMAM ABDULLAH AL HADAD
Nama, nasab dan kelahirannya:
Beliau adalah Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad[1] bin Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrahman bin Alwi[2] bin Muhammad[3], bin Ali[4] bin Alwi bin Muhammad bin Alwi[5] bin Ubaidillah bin Ahmad[6] bin isa[7] bin Muhammad[8] bin Ali[9] bin Jaafar Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib dan juga putra Fathimah binti Rasulillah Muhammad .
Gambar Kredit: Haidariya
Dilahirkan pada hari Isnin 5 Safar 1044H di Subair (sebuah perkampungan di pinggir bandar Tarim - Hadramaut). Di masa kecilnya beliau dijangkiti penyakit campak, lalu beliau buta kerananya. Akan tetapi ALLAH telah menggantikan untuknya cahaya pada hatinya untuk melihat, serta kebersihan jiwanya.
Latar Belakang Pendidikan
Gambar Kredit: Al Aman
Imam Al-Haddad tumbuh dalam penjagaan kedua ibubapanya, iaitu Habib Alwi bin Muhammad AlHaddad, seorang yang soleh lagi dikenali dengan ketaqwaanya. Ibunya yang bernama Syarifah Salma binti Idrus bin Ahmad Al Habshee, seorang wanita solehah.
Imam Al-Haddad membesar dalam lingkungan keluarga yang baik, dimasa kecilnya beliau menyibukkan diri untuk menghafal Al-Qur’an, dan bermujahadah untuk mencari ilmu, sehingga berjaya mendahului rakan-rakannya. Bahkan dengan kegigihannya dalam mencari ilmu, beliau berjaya mendahului sebahagian guru-guru beliau, sehingga sebahagian daripada mereka menjadi murid setelah sebelumnya menjadi guru.
Salah seorang daripada mereka adalah Sheikh Bajubair, dimana imam Al Haddad telah berguru kepada Sheikh Bajubair dalam ilmu Fiqh, dan telah belajar kitab Al Minhaj (kitab Fiqh madzham Imam Syafi’i). Sheikh Bajubair merantau ke negeri India, setelah beberapa lama berada disana, lalu kemudian beliau kembali ke Hadramaut dan belajar kepada Imam Al-Haddad kitab Ihya’ululmuddin. Hal ini menunjukkan akan keluasan ilmu Imam Al-Haddad yang di berikan Oleh Allah kepadanya sesuai dengan firmanNya:
وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً الكهف: ٦٥
Dan Kami telah ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami
وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ البقرة: ٢٨٢
Dan takutlah kepada Allah, dan Allah mengajarkanmu
Ahli keluarga Imam Al Haddad
Gambar Kredit : Ted Chang
Ayah beliau bernama Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad, seorang yang soleh yang tergolong dalam golongan Al’Arifin. Imam Al-Haddad sendiri pernah berkata: “sesungguhnya ayahku ini suci dan mensucikan”.
Sakit menimpa ayahanda Imam Al-Haddad sehingga beliau wafat pada malam Isnin awal bulan rajab setelah mengucap kalimah لا إله إلا الله .
Setelah 5 hari ayahanda Imam Al-Haddad meninggal dunia, ibu beliau Syarifah Salma sakit selama lebih kurang 20 hari, lalu kemudian meninggal dunia setelah mengucap syahadah pada hari Rabu 24 Rajab 1072 H, bertepatan pada waktu Dhuha.
Berkata Imam Al-Haddad : “Aku memuji dan bersyukur kepada ALLAH , oleh kerana mereka berdua (yakni kedua ibu bapanya) meninggal dunia dalam keadaan yang diredhai, di zaman yang penuh dengan fitnah, sementara mereka berdua telah wafat dalam keadaan yang baik dan memberikan berita gembira, iaitu keselamatan”.
Imam Al-Haddad mempunyai 3 orang saudara, mereka adalah: Omar, Ali, dan Hamid. Beliau kerap menulis surat kepada mereka yang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan pengajaran-pengajaran. Akan tetapi, surat-menyurat beliau kepada Hamid (saudaranya) lebih kerap, hal ini mungkin di sebabkan oleh kerana jauhnya jarak antara mereka berdua, oleh kerana beliau (Habib Hamid) tinggal di India dan meninggal dunia di sana pada 1107H. Dari isi kandungan surat-surat itu tampak satu pertalian hubungan persaudaraan yang menggambarkan akan kesungguhan kasih sayang dan kecintaan di antara mereka.
Imam Al-Haddad mempunyai 6 orang anak lelaki, mereka adalah: Hasan, Alwi, Muhammad, Salim, Husain, dan Zain.
Beliau seorang ayah yang penyayang terhadap anak-anaknya, beliau memberikan gelaran-gelaran terhadap mereka. Seperti gelaran Ameer (pemimpin) untuk Husain, Sholeh (orang yang banyak amal ibadahnya) untuk Alwi, Hakim (sifat bijaksana) untuk Hasan, dan sheikh (guru besar) untuk zain. Berkata imam Al-Haddad tentang anaknya Muhammad:
“sesungguhnya anakku Muhammad telah mendapat derajat wilayah yang sempurna”.
Sehingga dengan demikian beliau dipilih untuk menggantikan ayahandanya di dalam pehubungan antara kabilah-kabilah untuk mendamaikan antara puak-puak yang berselisih. Contohnya beliau berjaya memadamkan api peperangan antara 2 kabilah yang berselisih, dengan menikah dengan kabilah Aal Bakatsir ( keluarga Bakatsir) demi mempererat hubungan antara kabilah-kabilah yang bersenjata. Beliau meninggal dunia di Dzamar.
Gambar Kredit : flickrhivemind.net
Adapun Hasan dan Alwi dikenali dengan keilmuannya, dan mereka menggantikan kedudukan ayahanda mereka dalam tugasan mengajar ilmu-ilmu, dan memberi makan fakir miskin, menerima tetamu-tetamu asing ataupun tetamu-tetamu khas yang datang dari luar. Imam Al-Haddad pernah berdoa untuk anaknya Hasan: “Hasan (ertinya yang baik. Pent.) semoga ALLAH membaikkan di belakangmu”. Dengan doa itu beliau mempunyai dzuriat yang baik dan banyak dari kalangan ulama. Beliau (Hasan) meninggal dunia di Tarim pada tahun 1188H, adapaun Alwi meninggal dunia di Mekkah setelah menunaikan ibadah haji, dan di kebumikan berhampiran dengan kubur Siti Khadijah R.A pada tahun 1153H.
Zain telah berhijrah ke Iraq setelah ayahandanya meninggal dunia, beliau sangat dihormati di negeri itu di sebabkan oleh kerana pengaruh ayahandanya yang begitu luas sehingga ke negeri Iraq. Beliau meninggal dunia di negeri Oman bertepatan dengan perkampungan Sheer, pada tahun 1157H.
Adapun Salim, beliau menetap di negeri Misyqash dan mempunyai dzuriat di sana, lalu kemudian kembali ke kampung halamannya Tarim dan meninggal dunia di sana pada tahun 1165 H.
Sementara Husain, sakit menimpa beliau, lalu beliau meninggal dunia kerana sakit.
. .Dzuriyat Imam Al-Haddad tersebar di serata dunia, baik di Hadramaut (tanah airnya) ataupun di negara lain, seperti Saudi Arabiya, Negara-negara teluk, Malaysia, Indonesia, Singapura, India, dll. Sebagaimana dikatakan bahawa : ALLAH telah memberi keberkatan kepada Imam Al-Haddad melalui anak muridnya, anak keturunannya dan kitab-kitabnya. Semoga ALLAH mengekalkan dan memelihara keberkatan ini pada kitab-kitab dan keturunannya, serta memelihara mereka untuk berjalan mengikut datuk mereka, dan menjadikan mereka sebaik-baik penerus kepada pendahulu mereka. Berkata Imam Al-Haddad:
“Kami akan berjalan di atas landasan dan garisan nabi Muhammad , dan landasan para salaf (pendahulu kami) sedaya upaya kami. Sungguh yang ternampak dari kami adalah penyebaran ilmu, bukan untuk menampakkan perkara yang lain”.
Firman Allah:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
الطور: ٢١
Orang-orang yang beriman dan di ikuti oleh anak cucunya ( keturunannya) dengan keiamanan, Kami perhubungkan ( kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu, dan tidaklah kami kurangkan pahala amalan mereka sedikitpun, setiap manusia tergadai ( terikat) oleh usahanya masing-masing.
Guru-guru Imam Al Haddad
Gambar Kredit: Booncert
Telah dicatitkan bahawa, jumlah bilangan guru-guru Imam Al-Haddad melebihi 140 guru, beliau telah mengambil ilmu dan bertalaqi daripada mereka. Terutama sekali adalah: Habib Abdurrahman bin Shkeikh Maula ‘Aidid, Habib Omar bin Abdurrahman Al-‘Attas, Habib Sahl bin Muhammad Ba Hasan, Habib Aqil bin Abdurrahman bin Aqil Al-Seggaf, dan juga Habib Muhammad bin Alwi Al-Seggaf ( yg tinggal di Mekkah) dll.
Murid-murid Imam Al Haddad
Gambar Kredit: I love Typography
Murid-murid utama Imam Al Haddad adalah terdiri dari ahli keluarganya sendiri, terutama anak-anak beliau. Adapun dari selain ahli keluarga beliau mereka adalah: Habib Ahmad bin Zain Al Habshi, Habib Muhammad bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Abdurrahman Al Baar, Habib Abdurrahman bin Andullah Ba Al-Faqih, Habib Muhammad bin Omar bin Taha Al-Seggaf, dll.
Al-Hawi yang di berkati
View Larger Map
Al-Hawi adalah sebuah kawasan yang berjiran dengan bandar Tarim, Imam Al Haddad menetap disana ( Al-Hawi) pada tahun 1099H. Syed Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri –Sejarawan dari hadramaut- berkata : ”sesungguhnya Habib Abdullah Al-Haddad mendirikan Al-Hawi semata-mata untuk mempunyai tapak yang berdiri sendiri untuknya dan ahli keluarganya serta para pengikutnya, dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Qadi Tarim pada masa itu. Ia merupakan tempat yang strategi untuk mendapatkan segala yang baik daripada Tarim, dan kawasan yang terlindung dari segala fitnah dan kejahatan dari tempat itu. Dengan demikian Al-Hawi menjadi kawasan yang selamat lagi dihormati.
Imam Al-Haddad membangun rumahnya di Al-Hawi pada tahun 1074H, lalu berpindah pada tahun 1099H. Beliau membangun masjidnya berhampiran dengan rumahnya, dan mengajar di sana selepas solat asar setiap hari, dan pagi hari kamis dan isnin, serta Hadrah pada setiap malam Jum’at selepas solat Isya’. Maka dengan pelbagai aktiviti, Al-Hawi menjadi tumpuan kepada para ulama’, dan orang-orang soleh, serta tempat perlindungan bagi kaum fakir miskin, dan merupakan zone selamat, aman, dan tenteram.
Haji dan Ziarahnya
Gambar Hiasan: Mekah pada satu masa dahulu. Gambar Kredit : Love Madina
Pada tahun 1079H, Imam Al-Haddad telah berangkat untuk menunaikan ibadah haji. Setelah sampai di Mekkah, ramai penduduk Mekkah yang menyambut kedatangan Imam Al-Haddad, dan beliau tinggal di rumah Sheikh Husain Ba Fadal, beliaulah yang melayan sendiri kepada Imam al Al-Haddad. Imam Al-Haddad menceritakan keberadaannya dirumah sheikh Husain Ba Fadal, beliau berkata:
“Sesungguhnya Sheikh Husain berkata: Aku mempunyai dua lautan di mana aku mengambil dari keduanya, yang pertama adalah lautan zahir, iaitu Sheikh Ahmad Al-Qusyasyi, yang kedua : lautan batin, iaitu Syed Muhammad bin Alwi Al-Seggaf. Dan ALLAH telah mengumpulkan kedua lautan itu padamu untukku”.
Gambar Hiasan : Wukuf di arafah pada zaman dahulu . Gambar Kredit: Seri Kepayang
Pada tahun itu, wuquf di Arafah jatuh pada hari Jum’at, ramai penduduk Mekkah pada ketika itu yang datang kepadanya.
Ketika beliau sedang duduk di sebelah Hijir Isma’il beliau didatangi oleh Syarif Barakaat bin Muhammad, lalu meminta doa kepadanya agar permintaanya di kabulkan oleh Allah (tanpa memberitahu apakah hajatnya itu), maka Imam Al Haddad mendoakan untuknya. Ketika Syarif Barakaat pergi, Imam Al-Haddad bertanya : siapakah dia itu? Beliau diberitahu kalau dia adalah salah seorang besar di Mekkah. Lalu Imam Al-Haddad berkata: dia meminta untuk menjadi raja di Mekkah, dan ALLAH telah mengabulkan permintaanya. Syarif Barakaat di lantik menjadi pemimpin di Hijaz pada tahun 1082H.
Gambar Hiasan: Madinah AL Munawwarah pada satu masa dahulu. Gambar Kredit: 123Muslim
Pada hari Jum’at 1 Muharram 1080H, bertepatan dengan masuknya waktu solat fajar, Imam Al-Haddad telah di pelawa untuk menjadi Imam pada solat subuh di masjidil haram di Mekkah. Beliau membaca surah Al-Sajadah dan surat Al-Insan.
Imam Al-Haddad melangsungkan perjalanannya menuju kota Madinah Al Munawwarah. Telah diceritakan bahawa, beliau tidak tidur dalam perjalanan beliau menuju kota Madinah kecuali sedikit sekali, di sebabkan kerinduan yang mendalam di dalam hatinya. Beliau mengungkapkan akan kerinduannya itu dalam syairnya:
يَلذّ لَناَ أنْ لاَ يلذّ لنا الكَرَى # لمّا خَالطَ الأرْوَاحَ مِنْ خَالِص الْحُبِّ
Sungguh kami merasakan kenikmatan dimana kami tidak meraza nikmat dengan tidur, Ketika kemurnian cinta telah menyatu dengan ruh
Ketika beliau menghampiri kota Madinah, beliau dapat mencium bau wangi serta merasakan adanya cahaya yang bersinar. Beliau mengungkapkan dalam syairnya:
فلما بلغـنا طيـبة وربـوعهـا # شممنا شذى يزري بعرف العنابر
وأشرقت الأنوار من كل جانـب # ولاح السنا من خير كل المقابر
مع الفجر وصلنا وافينا المدينة طاب من # صباح علينا بالسعادة سافر
Ketika kami sampai di Thaibah (Madinah), kami mencium bau sangat wangi, mengalahkan wangian-wangian anbar
Cahaya menyinari segala penjuru, cahaya itu bersinar melalui kubur sebaik-baik manusia
Bersamaan dengan waktu fajar, kami sampai ke Madinah, sungguh indah pagi itu bagi kami dengan kebahagiaan
Beliau tinggal di rumah Syed Omar Ameen Al-Mahdali.
Buku-buku Imam Al Haddad
Gambar Kredit: JohoBaru
Keistimewaan karya-karya Imam Al-Haddad adalah mudah difahami oleh semua kalangan, mengikut kefahaman masing-masing. Sehingga buku-buku beliau telah dicetak beberapa kali dan sudah diterjemahkan kepada beberapa bahasa. Di antara karangan-karangan beliau adalah:
1. 10 رسالة المذاكرة
2. آداب سلوك المريد
3. اتحاف السائل بأجوبة المسائل
4. النصائح الدينية والوصايا الإيماني11
5. رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة12
6. سبيل الادكار والاعتبار بما يمرّ بالإنسان من الأعمار
7. الدعوةالتامة والتذكرة العامة
8. الفصول العلمية والأصول الحكمية
9. النفائس العلوية في المسائل الصوفية
10. الحكم 13
11.المكاتبات 14
12.تثبيت الفؤاد بذكر مجالس القطب عبد الله الحداد
13. الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم
Kata-kata Hikmah Imam Al Haddad
Gambar Kredit: Windows2Universe
1. Orang yang tidur boleh di kejutkan, orang yang lalai boleh di ingatkan, barang siapa yang tiada bermanfaat untuknya bila dikejutkan atau diingatkan maka sesungguhnya dia itu adalah orang mati dan kamu tidak dapat memperdengarkan kepada orang yang sudah berada dalam kubur.
2. Kami tiada mendapati segala kebaikan melainkan berada dalam ilmu, kalau bukan kerana ilmu maka seorang hamba tidak kenal akan Tuhannya, dan tidak tahu bagaimana menyembah kepadaNYA.
3. Ketaatan yang shohih akan terpelihara dengan memelihara 3 dasar:
a. Cinta kepada Tuhan, iaitu dengan bertafakkur akan tanda-tanda kebesaran ALLAH, dan nikmat yang telah diberikan, serta membiasakan diri dalam berdzikir.
b. Meninggalkan semua yang menyibukkan dari mengingati ALLAH. Yang demikian itu dapat dicapai dengan meninggalkan segala dosa dan bercampur dengan manusia kecuali sebatas keperluan sahaja, iaitu apa-apa yang bila dilakukan akan mendatangkan pahala, dan bila di tinggalkan akan mendatangkan dosa.
c. Melazimkan diri berada di dalam apa-apa yang dapat mendekatkan diri kepadaNYA. Kesempurnaanya adalah meninggalkan segala yang haram, melakukan segala yang wajib, memperbanyak amalan yang sunnah.
Akhlak dan Budi Pekertinya
Imam Al-Haddad mempunyai akhlak dan budi pekerti yang luhur sebagaimana perkara itu menjadi pujian kepada Rasulullah . Firman Allah :
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
القلم: ٤
Dan sesungguhnya engkau ( Muhammad) mempunyai akhlakyang mulia.
Beliau suka memberi maaf kepada sesiapa yang bersalah, suka menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah kemungkaran, sebagai tanda meneladani penghulu seluruh manusia Rasulullah yang telah bersabda:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن
كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
الأحزاب: ٢١
Sesungguhnya pada rasulullah ( Muhammad ) ada ikutan yang baik bagimu, yaitu bagi orang-orang yang yang mengharapkan ( pahala) Allah dan hari kemudian, serta dia banyak mengingati Allah.
Imam Al-Syili berkata (dalam kitab Al-Masyra’ Al-Rawiy) : Beliau (Imam Al-Haddad) mempunyai sifat lemah-lembut, pemaaf, membalas dengan kebaikan, tidak besifat pendendam, dan bersifat bersih hati kepada orang yang bersikap kasar kepadanya. Dengan demikian beliau menjadi contoh yang baik dalam perkataan dan perbuatannya, dan teladan yang agung dalam akhlak dan budi pekerti Rasulullah . Beliau mempunyai semangat yang tinggi keazaman yang kuat dalam berpegang teguh kepada agama. Beliau seorang yang bersifat pemurah, ringan dalam memberi, sangat menghormati tetamu. Beliau berkata:
“Sesungguhnya aku ingin berada dalam segala keadaan dimana tiada dalam perasaanku hasad dan dengki kepada seorangpun”.
Beliau seorang yang bersifat zuhud, dan tidak mengharapkan pemberian dari sesiapapun. Sesorang datang kepada Rasulullah , lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang bila aku lakukan, aku di cintai Allah dan di cintai manusia, Rasulullah bersabda:
اِزْهَدْ فيِ الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ وَازْهَدْ فِيْمَا فيِ أيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوْكَ
Hidup dalam keadaan zuhud akan dunia, maka Allah sayang kepadamu, dan hidup dalam keadaan zuhud akan apa yang di miliki oleh manusia, maka manusia akan sayang kepadamu. ( ibnu Majah)
Imam Al-Haddad berkata: “Tiga perkara anugerah dari ALLAH untuk kami: sedikit dalam kecederungan kepada dunia, sedikit dalam kepedulian kepadanya, dan sedikit dalam ketergantungan kepada manusia”.
Beliau juga berkata: “Harta kami dan apa yang kami miliki adalah untuk kami berikan kepada fakir miskin dan orang-yang memerlukan bantuan”.
Beliau seorang penyabar, mampu menahan marah, tidak mendendam, pemaaf akan kesalahan orang lain. Beliau berkata: “Adapun kesalahan-kesalahan keatas hak-hak kami kami sudah memaafkan, akan tetapi dosa-dosa keatas hak-hak ALLAH maka kami tak dapat membiarkannya”.
Beliau juga pernah berkata: “Kami mendengar bahawa ada orang-orang yang makan makanan kami, akan tetapi mereka memaki kami di belakang, kami tidak tersentuh sedikitpun, dan kami tidak marah akan sikap mereka itu, bahkan kami mendoakan mereka .
Gambar Hiasan: The Yemeni ornamental knife - "Jambiya". Gambar Kredit: Dominic Sansoni
Beliau juga seorang penyantun kepada sesiapa yang tidak sopan kepaanya. Satu hari seorang ayah memberikan kepada anaknya sebilah pisau, lalu berkata: Bawalah pisau ini kepada Al-Haddad (tukang besi), dan katakan kepadanya: ayahku berpesan untuk kamu menajamkan pisau ini. Anak itu tidak mengetahui akan Al-Haddad (tukang besi) itu, yang dia tahu adalah Imam Abdullah yang bergelar Al-Haddad, maka anak itu datang membawa sebilah pisau kepada Imam Al-Haddad, sementara beliau sedang berada dalam majlis, lalu anak itu berkata: ayahku berpesan agar kamu menajamkan pisau ini. Maka Imam Al Haddad mengambil pisau itu, seraya berkata: datanglah kamu esok hari, kamu akan dapati pisau ini sudah diasah dan tajam. Anak itu pun pergi, dan Imam Al-haddad menyuruh salah seorang untuk membawa pisau itu kepada Al-haddad (tukang besi) untuk menajankannya. Oleh kerana yang demikian beliau di kenali sebagai Haddadul Quluub (penajam hati).
Ibadahnya
Gambar Kredit: follow-islam.com
Sejarah menyebutkan bahawa Imam Al-Haddad tidak tidur di waktu malam untuk beribadah kecuali sedikit sahaja. Yang demikian itu adalah untuk meneladani amalan Rasulullah yang di perintahkan oleh ALLAH untuk tidak tidur di waktu malam kecuali sedikit sahaja. Firman ALLAH :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬
المزمل: ١ – ٢
Wahai orang yang berselimut ! bangunlah ( untuk solat) pada malam hari kecuali sedikit sahaja.
ALLAH juga telah memuji mereka yang menghidupkan malam dengan ibadah kepadaNya. Firman ALLAH :
كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ
الذّاریَات : ١٧
Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari. Dan ketika waktu sahur mereka meminta ampun.
Imam Al-Haddad berkata: "Kami telah melaksanakan segala sunnah Nabi , dan tiada satu sunnah yang kami tinggalkan”. Sebagai membenarkan akan ucapannya itu, beliau – pada akhir umurnya- memanjangkan rambutnya sehingga bahunya, kerana rambut Rasulullah adalah demikian.
Kewafatannya
Gambar Kredit: Baqavi
Imam Al-Haddad meninggal dunia pada hari selasa 7 Dzul qi’dah 1132 H. putranya yang bernama Hasan yang merawat beliau ketika sakit. Habib Hasan menceritakan bahawa: Sesungguhnya Imam Al-Haddad dalam sakitnya banyak mengulangi hadis yang terakhir dalam Shahih Al-Bukhari, yaitu:
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ
ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Dua kalimat ringan dilisan, berat di timbangan, di senangi oleh Yang maha Pengasih:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Beliau meninggal dunia pada 1/3 malam yang pertama, tak seorang pun yang mengetahui berita kewafatannya kecuali di waktu pagi. Keadaan menjadi sangat memilukan ramai pengikutnya. Berduyun-duyun manusia datang untuk menghadiri pengebumiannya.
Habib Hasan – putranya- dan Habib Omar bin Hamid adalah orang yang menangani pemandiannya. Solat jenazah diimamkan oleh Habib Alwi – putranya- , dan di hadiri oleh lebih kurang dua puluh ribu (20,000) orang. Beliau di kebumikan bersamaan dengan terbenamnya matahari, oleh kerana terlalu ramai manusia yang mengahdiri jenazahnya.
Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas Imam Al-Haddad, mengangkat derajatnya, memberikan keberkatan akan peninggalan-peninggalannya. Amein.
Pujian-pujian Ulama’ kepada Imam Al Haddad
Gambar Kredit : Ted Chang
Ramai ulama’-ulama’ yang memuji kepada imam Al-Haddad kerana kedudukannya, baik para ulama’ yang hidup di era beliau atau setelahnya.
Diantara pujian ulama’ di zaman Imam Al-Haddad adalah Salah seoarang guru beliau, yaitu Habib Abdurrahman bin Sheikh Maula ‘Aidid berkata bila menyambut kedatangan Imam Al-Haddad:
“ مرحبا بسيّد الجماعة” (Selamat datang wahai penghulu kepada sekalian jema’ah). Terkadang menyebut: “ شيخ القبيلة” (Ketua kabilah atau kepala suku), sebagai satu sebutan yang mengandungi penghormatan serta pujian.
Habib Omar bin Abdurrahman Al-Attas berkata: “Seorang Syed Abdullah Al-Haddad adalah merupakan satu Ummah”.
Di riwayatkan bahawa Mufti negeri Syam di zaman Imam Al-Haddad berkata: “Tiada diatas muka bumi di zaman ini yang lebih ‘alim daripada Abdullah Al-Haddad”.
Murid terulung Imam Al-Haddad yaitu Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi berkata: "Sesungguhnya Imam Al-Haddad telah sampai kedudukan mujtahid (yang layak member ijtihad) dalam ilmu-ilmu islam, iman, dan ehsan. Beliau adalah seorang Mujaddid (pembaharu) ilmu-ilmu ini di zaman ini”.
Adapun pujian para ulama’ setelah Imam Al-Haddad seperti Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi:
بالفــتح والإرشـاد والإمــداد *** ثبتت قواعـد شيـخنا الحـداد
مستجمع السر الذي اتصـفت بـه *** أســـلافه وخليفة الأجـداد
فجمــيع من سلك الـطريقة بعده *** مستصـبحون بنـوره الوقـاد
Dengan futuuh (di bukakan pintu-pintu ilmu), Irsyad ( petunjuk), dan Imdad (kelebihan) adalah tonggak utama akan kaedah-kaedah guru kami Imam Al-haddad
kepada beliau telah terkumpul rahasia dan sifat mulia para salaf, maka beliau adalah khalifah kepada mereka
semua yang berjalan dalam jalan mulia ini setelah beliau, telah mengambil dari sinaran ilmu beliau yang sangat terang
Habib Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri ( semoga Allah merahmatinya) berkata: “Sangat jarang sekali buku-buku di zaman Imam Al Haddad yang tersebar sepertimana tersebarnya tulisan-tulisan dan karangan-karangan Imam Al-Haddad. Karya-karya beliau telah dicetak berulang kali, dan telah di terjemahkan de dalam beberapa bahasa, dan ramai yang telah mengambil manfaat darinya".
Almarhum Sheikh Hasanain Makhluf ( bekas mufti Mesir) berkata mengenai karya Imam Al-Haddad “النصائح الدينية” : “Sesungguhnya beliau (Imam Al Haddad) seorang penulis yang sangat jelas urainnya, tinggi tata bahasanya, teliti pembahsannya di dalam mneyebutkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi, serta kata-kata para ulama’, sehingga dapat menghilangkan prasangka dan keraguan didalam hati dan jiwa daripada segala kesamaran, serta dapat menjadi penawar kepada segala permasalahan, sehingga tidak memberi ruang kepada pembicara untuk berbicara, dan tidak ada jawaban lagi bagi orang yang bertanya”.
Dr. Mustafa Al-Badawi telah menulis kitab tentang Imam Al-Haddad bertajuk “الإمام الحداد مجدد القرن الثاني عشر” (Imam Al-Haddad pembaharu abad ke 12). Penulis memetik sebuah hadits Rasulullah yang riwayatkan oleh Abu Dawud:
إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Sesungguhnya Allah akan mengutus untuk Ummat ini pada setiap seratus tahun seseorang yang memperbaharui agama ini untuk mereka.
Dicatat oleh safuan di Jumaat, April 20, 2012 0 ulasan
70 Dosa-Dosa Besar - Dari Kitab Al-Kabaair
70 Dosa-Dosa Besar - Dari Kitab Al-Kabaair
Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:
[nota: senarai ini disusun secara rawak (random) iaitu tidak mengikut tahap besarnya dosa itu. Haruslah diketahui bahawa dosa yang paling besar di antara dosa-dosa besar ialah syirik...no.1-syirikkan (menyekutukan) Allah dengan sesuatu yang lain]. Nau'zubillah.
01 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
02 – Bersaksi palsu
03 – Berjudi
04 – Bersumpah palsu dan bohong
05 – Berbohong
06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 – Perempuan pelacur
08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 – Berdebat (dengan keterlaluan) dan memusuhi
10 – Bersifat dayus11 – Bercakap kasar dengan orang tua
12 – Dusta atas nama Allah dan rasul
13 – Derhaka pada suami
14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 – Hakim derhaka
16 – Homosek (hubungan sejenis)
17 – Mengurangi timbangan
18 – Lari seorang hamba dari tuannya
19 – Lelaki menyerupai wanita
20 – Lari dari medan perang di jalan Allah
21 – Membunuh manusia
22 – Membunuh diri sendiri
23 – Mengamalkan sihir
24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 – Meninggalkan sembahyang jumaat
26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 – Memutuskan hubungan silaturrahim
28 – Melakukan zina
29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 – Makan dari kekayaan haram
31 – Memberi dan menerima rasuah
32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 – Makan riba
34 – Minum arak
35 – Mencuri
36 – Merompak
37 – Melalukan kezaliman
38 – Melakukan pengkhianatan
39 – Menyebut-nyebut pemberian
40 – Mengingkari janji
41 – Memfitnah
42 – Mengutuk orang Islam
43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 – Menipu harta rampasan
45 – Melampaui batas
46 – Menuduh zina terhadap orang baik
47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 – Mempercayai nujum dan sihir
49 – Menjadi bapa sanggup
50 – Mencari kesalahan orang lain
51 – Menganggu orang lain
52 – Menganggu tetangga
53 – Menyakiti dan memaki orang islam
54 – Mengintip dan membuka rahsia orang
55 – Mencaci sahabat Nabi
56 – Mengurangi wasiat
57 – Mengingkari takdir
58 – Putus asa dari rahmat Allah
59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 – Riak dan mempamerkan diri
61 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
62 – Sombong serta angkuh
63 – Sembelih untuk selain Allah
64 – Tidak mengeluarkan zakat
65 – Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 – Tidak istinjak selepas kencing
68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 – Tipu daya
70 – Wanita menyerupai lelaki
Jangan sekali-kali melakukan dosa-dosa di atas dan jauhkan juga dosa-dosa yang lain. Jika terlanjur cepat-cepat bertaubat sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Al-Quran, surah Al-Baqarah, 2: 276)
Semoga taubat kita diterima oleh Allah. Amin ya Rabbal a'lamin.
Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/70-dosa-dosa-besar-jangan-melakukan.html#ixzz1saxcQb1S
Dicatat oleh safuan di Jumaat, April 20, 2012 0 ulasan
Jumaat, 2 Mac 2012
KELEBIHAN BERSELAWAT
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani
Dicatat oleh safuan di Jumaat, Mac 02, 2012 0 ulasan
Sabtu, 25 Februari 2012
KHATAM NUBUWWAH SAIDINA RASUL
Contoh Khatam Nubuwwah yang terdapat pada belikat Rasulullah SAW.
Maksud Hadis dari riwayat Imam al-Tirmizi R.A. : Sesiapa yang berwudu' dan melihat kepadanya akan mendapat keberkatan seperti berikut :
1. Pada waktu Subuh , Allah SWT memeliharanya sehingga waktu Magrib.
2. Pada waktu Magrib , Allah SWT memeliharanya sehingga waktu subuh.
3. Pada awal bulan, Allah SWT memeliharanya sehingga akhir bulan.
4. Pada awal tahun, Allah SWT memeliharanya sehingga akhir tahun.
5. Pada awal perjalanan, Allah SWT memeliharanya sehinga akhir perjalanan.
6. Jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan disuratkan mati dalam iman.
7. Sesiapa yang melihat kepadanya dengan penuh rasa kasih dan iman dalam usianya sekali sahaja Allah SWT akan memelihara ia dari semua perkara yang ia benci (mungkar) sehingga ia meninggal dunia.
Selawat dan salam kepada Saidina nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan sahabatnya.
Dicatat oleh safuan di Sabtu, Februari 25, 2012 0 ulasan
Jumaat, 17 Februari 2012
Menuntut Ilmu
...Dan takutlah kepada Allah, (supaya) Allah akan mengajar
kamu...
(Qur'an, 2: 282)
Rasul Islam (saw) yang suci berkata:
“Mencari ilmu adalah wajib diatas setiap Muslim, lelaki
dan wanita.”
[Al-Majlisi Bihar al-Anwar, jilid 1. ms 177]
Kemulliiaan Jiiwa …
Menuntut
Ilmu
Menurut dari ajaran Islam, menuntut ilmu adalah satu dari ibadah
yang terpuji yang membawa seseorang ke Syurga. Bagaimanapun,
matlamat disebalik menuntut ilmu itu lebih penting dari ilmu itu
sendiri. Ketulusan menuntut ilmu dengan matlamat keTuhanan,
untuk keridhaan Allah dan berbakti kepada makhlukNya, akan
membawa seseorang ke Syurga dalam kumpulan para Nabi dan
Awliya. Tetapi mencari ilmu untuk kepentingan diri, duniawi atau
bermotif keduniaan akan membawa seseorang kepada kejahilan,
berdosa terhadap makhluk Allah, dan akhirnya, Neraka.
The Perlunya Mendapatkan Ilmu
Seseorang yang bercita-cita untuk mencari ilmu hendaklah sebagai langkah pertama
menjalani proses mensucikan jiwa; tanamkan ketaqwaan (takut kepada Allah) dalam
jiwanya, bebaskan dirinya dari niat yang keji dan bermotifkan keduniaan, dan selalulah
melihat dan menilai diri sama ada ilmu yang di dapati untuk tujuan keduniaan. Seseorang
juga hendaklah ingat bahawa takut kepada Allah adalah kerekter khusus seorang ‘alim
(orang yang mempunyai ilmu) dan sesiapa yang tidak takut kepada Allah adalah diluar
barisan orang yang mempunyai ilmu, tidak kira berapa banyak dia telah menghafal atau
betapa menarik kata-katanya ketika bercakap.
Di setiap langkah menuntut ilmu, kamu hendaklah merenung dan memikirkan
dengan mendalam kepada yang menjadi tujuan utama disebalik menuntut ilmu. Tanyalah
diri kamu: Mengapa saya menuntut ilmu? Adakah untuk mendapatkan pekerjaan yang
lebih baik, untuk bertanding dengan kawan atau kumpulan, untuk mendapat anugerah,
ijazah atau kedudukan social? Jika kamu mencari pengajian yang lebih tinggi, adakah
kamu menuntut untuk menulis buku dan kertas kerja dan membuat syarahan-syarahan
umum supaya dipuji sebagai lelaki atau wanita berilmu? Atau hanya untuk keridhaan
Allah dan berbakti kepada makhlukNya?
Ilmu yang kamu dapati seharusnya memimpin kamu menjadi lebih bertaqwa,
melakukan amalan yang ikhlas dan menjadikan kamu mencintai dan lebih takut kepada
Allah dengan bertambahnya ilmu. Ilmu yang tidak menjadikan seseorang melakukan
amalan yang baik bukanlah ilmu yang hak. Ilmu yang terhad pada syarahan-syarahan dan
tidak mengandongi aplikasi praktikal untuk makhluk Allah adalah ilmu yang ditahap
paling rendah dan akan hilang dengan berlalunya masa.
Perhatikan tingkah laku kamu ketika kamu mendapatkan ilmu Adakah menjadikan
kamu lebih rendah hati dan lebih bersabar terhadap rakan dan teman? Atau adakah
menjadikan kamu lebih sombong, bongkak dan suka berbalah? Adakah menjadikan kamu
lebih sukar untuk menerima kebenaran dan mengakui kejahilan kamu dalam
perhimpunan manusia? Adakah menjadikan kamu cemburu kepada mereka yang lebih
ilmunya dari kamu? Ingatlah bahawa egoism akan hancur dan terhapus dengan ilmu yang
hak dan tanda-tanda tingkah laku yang terdapat dalam ilmu yang hak adalah, tidak
terdapat sama sekali egoism, angkuh, mencintai diri dan kesombongan..
Ketika mengikuti jalan ilmu, kamu hendaklah berserah kepada Tuhan, hormati guru,
dan jangan malu untuk mendapatkan ilmu dari yang lebih muda dari kamu. Semak dan
fikirkan semula apa yang kamu telah pelajari. Selalulah berdoa kepada Allah supaya
membantu kamu dengan rahmatNya dan mengilhamkan ide-ide yang baik, dan
melindungi kamu dari menggunakan ilmu untuk mendapatkan kepentingan dunia dan
bermotif untuk diri sendiri.
Penutup:
Imam Ali (as) berkata: "Seorang yang keluar untuk mendapatkan ilmu adalah
seperti seorang yang berjuang di jalan Allah” [Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jilid 1,
ms 179]
Untuk mengetahui lebih lagi mengenai Islam yang sahih, kunjunglah
Sifat-sifat Moral Ilmu yang Hak
Ilmu, apabila di dapati dengan kesucian, tanpa kepentingan diri dan niat kerana
Allah, akan mengubah personaliti seseorang menjadi seperti makhluk langit (malaikat).
Orang berilmu sedemikian menjadi jelmaan sifat yang digerakkan Allah, maka kerekter,
pertuturan dan tindakkannya membayangkan semuanya.
Imam Ali (as) pernah berkata: ‘Wahai penuntut ilmu, ilmu mempunyai banyak
kemuliaan. (Jika kamu bayangkannya sebagai manusia maka) kepalanya
adalah rendah diri, matanya adalah bebas dari iri hati, telinganya adalah
kefahaman, lidahnya adalah kebenaran, mindanya adalah penyelidikkan,
hatinya adalah niat yang baik, inteleknya adalah ilmu (ma’rifah) mengenai
benda dan perkara, tangannya adalah belaian kasih sayang, kakinya adalah
menziarahi yang berilmu, keazamannya adalah kejujuran, kebijaksanaannya
adalah ketaqwaan, tempat tinggalnya adalah keselamatan, kemudinya adalah
kesihatan, tunggangannya adalah ketaatan, senjatanya adalah kelembutan
berbicara, pedangnya adalah berpuas hati (ridha), tunduknya adalah
kesabaran, tenteranya adalah perbincangan dengan yang berilmu, hartanya
adalah pekerti yang mulia, simpanannya adalah menahan diri dari maksiat,
kelengkapannya untuk perjalanan adalah kesucian, air minumnya adalah
lemah lembut, petunjuknya adalah petunjuk Ilahi, dan sahabatnya adalah
mencintai yang terpilih.” [Al-Kulayni, al-Kafi, kitab fadl al-‘ilm, bab al-nawadir,
hadith # 3]
Rasulullah (saw) telah ditanya: “Apa itu Ilmu?” Baginda menjawab: “Berdiam
diri”. Baginda ditanya: “Kemudian?”. Baginda berkata: “Dengarkan dengan
penuh perhatian”. Baginda ditanya: “Kemudian?” Baginda berkata: “Ingat”.
Baginda ditanya: “kemudian?” Baginda berkata: “Amalkan (yang dipelajari).”
Baginda ditanya: “Kemudian?” Baginda berkata: “Sampaikan.”Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, jilid 2, ms 28]
Imam Ali (as) pernah berkata: “Terdapat tiga tanda orang berilmu: “Ilmu, Sabar
dan Diam.” [Ibid, jilid 2, ms 59]
Dilarang Mencari Ilmu untuk …
Menurut dari ajaran Ahlul Bayt (as) keturunan Rasulullah (saw), adalah dilarang
menuntut ilmu untuk keduniaan atau bertujuan kepentingan diri.
Imam Ali (as) berkata: “Jangan mencari ilmu untuk empat tujuan:
(1)Mengagungkan diri dihadapan manusia berilmu (2) Berhujah dengan yang
jahil (3) Mununjuk-nunjuk di dalam perhimpunan manusia (4) Menarik
perhatian manusia untuk mendapatkan jawatan untuk berkuasa
Dicatat oleh safuan di Jumaat, Februari 17, 2012 0 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)